Wednesday, November 19, 2008

Soulmate

Akum, utk semua (bagi yang beagama Islam) dan salam sejahtera (bagi yang bukan Islam)......
Erm.....

Tetiba aku rasa cam nak ber"poem" lak...... Actually "poem" ni bukan la aku yang tuliskan, aku petik dari sebuah lagu yang agak sedap telinga mendengar... agak2 sayu....actually aku sendiri tak tahu kenapa aku suka sangat lagu ni. Nak dikatakan sedap sangat, boleh la.... tapi bila aku dengar, rasa satu macam... entah..

So without further a due..... (p/s: lirik ni dalam bahasa omputeh.... tapi aku mintak "Translator" yang aku import dari jauh untuk men"translatekan" ke dalam bahasa ibunda kita)...

Bertentangan, tidak ku peduli
kerana seseorang bisa untuk mendengar bicara hati
Berbicaralah jika kamu bisa
kerana tidak mudah untuk menemukanmu

Apakah mungkin,
Apakah dia sudah berada dalam hidupku ini?
Tepat di depanku
Atau mungkinkah sedang di dalam kesamaran

Siapa yang tidak suka disayangi..
Siapa yang tahu cara menyintai tanpa perlu diberitahu
Khabarkanlah mengapa aku sendiri
Jika teman sejati milik semua insan

Di sini kita sekali lagi, lingkaran yang tiada noktah
Bagaimana cara menemukan dirimu yang sempurna
seharusnya ia cukup untuk semua insan
Namun aku masih menunggu tanpa jawapan

Siapa yang tidak suka disayangi..
Siapa yang tahu cara menyintaimu tanpa perlu diberitahu
Khabarkanlah mengapa aku sendiri
Jika teman sejati milik semua insan

Jika teman sejati milik semua insan

Sememangnya hubungan hanyalah sementara
Semuanya lancar namun belum tentu menjadi satu

Siapa yang tidak suka disayangi..
Siapa yang tahu cara menyintaimu tanpa perlu diberitahu
Khabarkanlah mengapa aku sendiri
Jika teman sejati milik semua insan

Siapa yang tidak suka disayangi..
Siapa yang tahu cara menyintaimu tanpa perlu diberitahu
Khabarkanlah mengapa aku sendiri
Jika teman sejati milik semua insan

Lirik sebenar: Natasha Bedingfield (Soulmate)
Ditranslatekan oleh: Miss Jesse
Dieditkan oleh: aku sendiri (tak banyak editpun, cuma buang satu dua komma jer... hehehehehe)

Saturday, November 15, 2008

Mendongak ke langit

Pada suatu petang jam 1.45, aku menalipon anak ke-2 aku cuma nak bertanya khabar line internet kat rumah. Line tu kadang2 problem, macam biskut kejap ok kejap idak. So skrip perbualan tu tertulis macam ni (p/s: tak leh nak kata berbunyi sebab ini text saja... kan.. kan...)

Bapak budak: "Abang ngah, line internet ok tak?"
Anak Bapak: "Erm.... Ok. Kenapa?"

Bapak budak: "Saja tanya, abang ngah kat mana ni, bunyi bising?"
Anak bapak: "Kat luar"

Bapak budak: "Abang ngah buat aper kat luar?"
Anak bapak: "Erm...... Abang ngah tengah tengok langit !"

Bapak budak: "???????"
Bapak budak: (to clarify more) ... "Kenapa Abang ngah tengok langit?"
Anak budak: "Saja.... jer..... Terasa macam nak tengok langit"

so... until now aku masih terfikir2 kenapa anak aku tengok langit masa tu..
agak2... kenapa ek?? kalu ada sesiapa yang tau sebabnya ... plz let me know

Friday, November 14, 2008

Sampai mati aku ingat: Part 2

So.. Aku dapat kerja kat sebuah klinik pergigian, juga di Kuala Lumpur. Kerja dia senang, design gigi palsu (sumpah tak tipu......) bak kata dalam bahasa omputeh atau lebih afdal bahasa pergigian (Dentures). Jawatan yang diberikan, "Dental Technician". Doktor dia, orang Jepun. Baik orang nya, cuma menagalami masalah komunikasi (communication breakdown) bak pepatah melayu "Ayam dengan Itik"... hihihihihi... paham2 je la...

Aku kerja kat situ hampir 1 tahun. Baru kerja dalam 5 bulan, dia ajak pegi German. Akupun seronok sakan la..... Tak terfikir di akalku dapat pegi luar negara. Akupun apalagi, buat preparation yang sewaktu denagan nya. So aku pegi tukar duit RM ke Euro, mak ai.... aku convert RM1,000 dapat Euro490 ja... tak pa la.. Semua perbelanjaan di tanggung, cuma bawak duit poket ja....

Untung tak aku..... Tapi aku tak kerja lama kat sana sebab dia bayar gaji ikut jam. 1 jam RM5, so 1 hari kerja 8 jam.. cuba kira.... berapa dapat untuk 1 bulan... tak cukup, tak cukup.... Again start to look for another job..... At last dapat juga .. hingga ke hari ni.... dan jawatan aku sekarang...."System Engineer".. Tapi sebaliknya semua aku buat... Graphic Design, Web Design, Programming, PC Troubleshoot dan sebagainya tapi aku enjoy dan kadang2 stress jugak...

Sampai mati aku ingat: Part 1

2004...... Tahun keramat. Kisah dia lagu ni. Sebelum ni aku bekerja sebagai "Pagar Dawai" (pegawai) di sebuah institusi kewangan termuka di Kuala Lumpur. Bulan April aku kenal sorang mamat, dia ni kawan aku punya kawan. Dia ajak aku bukak bisnes, "so without further a due" akupun join tapi bukan sepenuh jiwa dan raga, sambilan ja....... So aku tengok bisnes berjalan baik, aku ambil keputusan untuk "quit my job". Masa tu gaji aku agak lumayan, tapi berfikiran terbuka akupun resign hujung bulan Jun.

So, apa lagi aku pun serah seluruh jiwa dan raga aku pada "BISNES" ni.... Lepas 2 bulan, dia buat hal, ada ja yang tak kena. So in the end.. aku tarik diri dari bisnes ni... Tapi masa tu aku dah berumah-tangga, ada 2 anak. Cute sangat (bagi akula...). Aku ingat berbekalkan pengalaman sebagai "Pagar Dawai Bank" senang la nak cari kerja, rupa2nya pemikiran aku meleset. Merata aku cari kerja, tapi tak dapat. Yang paling menyedihkan, pernah untuk 2 minggu
anak ke-2 aku terpaksa minum Teh-O sebab tak cukup duit nak belikan susu. Memang aku hampir bankrap, kereta terpaksa tolak balik pada bank, rumah nyaris kena lelong. Hutang kredit kad, jangan cakap la.......

At last... dapat jugak kerja kat satu tempat dekat dengan Bukit Bintang. Bulan pertama, depa suruh aku interview staff baru..... Ok la.... Tup-tup depa kata kalu tak ada client tak ada gaji.. Rupa2nya company tu meniaga "FOREX" (Jual-beli matawang asing).. So, akupun teringat member aku yang kerja kat Bank Negara. Call dia terus buat report.. Tak silap, sebulan lepas tu, company tu kena serbu... (aku dengar cerita la..)

Sebelum tu aku dah inform member terdekat, kami pun resign... Again, hidup aku melarat lagi ...

Pertama kalinya

Telebih dahulu aku ingin mengucapkan syabas buat aku kerana berjaya juga ada Blog sendiri. (hmmmm... jahilnya aku ni, nama ja kerja bahagian IT tapi tak pernah tau pun pasai BLOG.....). "SYABAS BETTE" bak kata Hindustan. Well actually, tujuan blog ni untuk mengisi masa lapang dan berkongsi idea dan pendapat. Dan Insyallah aku akan cuba berikan sedikit Tutorial untuk korang semua......